Wednesday, November 21, 2018

PARUT JERAWAT HODOH

Jerawat adalah masalah kulit biasa yang dialami kebanyakan remaja dan dewasa di negara ini. Oleh kerana ia dianggap masalah biasa, lazimnya parut jerawat yang terhasil pada wajah dibiarkan begitu saja.
Bagi kebanyakan individu, jerawat pulih tanpa meninggalkan kesan kekal pada kulit. Sebaliknya, ada individu yang terpaksa berdepan parut jerawat, sekaligus mempengaruhi semangat dan keyakinan.
Ramai yang mengakui kehadiran parut menimbulkan rasa malu apatah lagi jika ia disebabkan jerawat dan dapat dilihat dengan jelas di kawasan muka atau leher.


Lebih 85 peratus dewasa dan remaja berusia 12 hingga 25 tahun di seluruh dunia mengalami masalah parut jerawat pada wajah dan leher.
Kajian dijalankan mendapati, 31 peratus mengalami parut kerana kerosakan tisu dalaman selain pembentukan tanda hitam, bintik merah dan parut.
Malah, kajian turut mendapati 17 peratus remaja dan dewasa di negara ini kurang berkeyakinan manakala 18 peratus pula mengelak untuk bertemu rakan atau pelanggan kerana tidak selesa dengan keadaan kulit masing-masing.
Pengasas Medi-I Skin Studio, Dr Lim Ing Kien berkata, bagi mencegah parut, penting untuk kita mengetahui punca jerawat dan rawatan yang boleh dijalankan.
“Parut jerawat berlaku disebabkan jerawat yang teruk. Sesetengah parut disebabkan jerawat ringan boleh pudar dengan sendirinya. Namun, tanda dan parut jerawat gelap selepas kemunculan jerawat sederhana atau teruk biasanya memerlukan masa untuk dirawat.
“Parut jenis ini mempunyai bentuk serta saiz berbeza dan biasanya muncul pada masa sama. Justeru, langkah pertama untuk merawat parut jerawat adalah dengan mengenal pasti jenisnya sebelum menentukan rawatan bersesuaian.
“Ia penting untuk memastikan rawatan yang dipilih adalah terbaik berdasarkan masalah parut yang dihadapi bagi mencapai hasil optimum,” katanya.
Sementara itu, menurut Pakar Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ch’ng Chin Chwen, penularan jerawat wajah berlaku ke atas 67.5 peratus remaja di negara ini dengan trend yang semakin meningkat seiring peningkatan umur.
“Jerawat adalah masalah biasa namun ramai yang tidak memahami tanpa penjagaan kulit dan rawatan yang sepatutnya, ia berpotensi menyebabkan bintik hitam dan mungkin meninggalkan parut kekal,”
-SARANG KECANTIKAN-

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © SARANG KECANTIKAN & KESIHATAN | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com