Thursday, March 9, 2017

MEMIKAT HATI SUAMI

Sebagai seorang isteri terutamanya, wanita hari ini perlu
bijak memikat hati suami dan menyemarakkan kembali
api cinta seperti pertemuan pertama.

Berikut terdapat 4 tips ‘super’ romantis untuk mengikat
kaki suami di rumah agar tidak keluar mencari yang lain!

Ramai wanita lupa untuk terus menjaga penampilan diri
setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan
mempunyai anak.


1) BERHIAS    


Kenapa tidak teruskan amalan berhias itu untuk suami,
meskipun di rumah sendiri?

Masakan sang suami tidak tergoda dengan kehadiran
gadis molek di pejabatnya tetapi apabila pulang ke rumah
melihat isteri berambut mengerbang seperti Mak Lampir.
Sekali sekala belanjakan wang membeli pakaian baru dan
seksi dan berhias khas untuk suamimu.

Apa salahnya berbelanja sedikit untuk memikat hati
suami, bukan?

2 BERIKAN KEJUTAN 

Setelah penat seharian bekerja, bayangkan betapa
berbunga hati sang suami apabila pulang ke rumah
dihadiahkan dengan kejutan istimewa daripada sang
isteri. Tidak perlu berbelanja mewah, cukup sekadar
membeli sejambak bunga ataupun menyediakan ‘Candle
Light Dinner’ di rumah untuknya.

Hias seluruh rumah dengan lilin aroma terapi dan pimpin
tangannya ke meja makan dengan senyuman yang manis
dan menawan.

Mungkin ini dapat membuatkan sang suami lupa pada
stress di tempat kerjanya dan merasa sangat bahagia di
rumah.





3) LUANGKAN MASA BERSAMA

Walaupun kehidupan harian yang sibuk mungkin tidak
memberikan ruang kepada anda, cari cara untuk
menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama.
Berjalan-jalan romantis di taman, atau hanya duduk
berdua di beranda rumah berdua untuk melihat bintangbintang.

Atau sekali sekala rancang janji temu seperti sewaktu
bercinta untuk mengimbau saat indah dahulu bersamasama.
Di dalam sesuatu perhubungan, masalah dan gelodak
tidak dapat dihindarkan.


5) DUDUK DAN BERBINCANG

Daripada bertikam lidah dan meninggi suara, baiklah jika
anda duduk dan berbincang dengan tenang untuk samasama
mencari penyelesaian. Tanyakan pendapat darinya
dan pertimbangkan pendapat satu sama lain.

Kunci untuk sebuah perhubungan yang kekal dan
harmoni adalah sentiasa bertolak ansur atau ‘give and
take’.

Jangan kekok untuk memulakan langkah memikat hati
suami. Kadangkala kita terlalu sibuk dengan urusan
masing-masing sehingga lupa untuk menghargai suami di
depan mata.

Maklumlah, banyak kerja rumah dan anak-anak yang
semakin membesar untuk diuruskan.
Tolak tepi urusan lain buat seketika, kerana itu semua
tidak mungkin akan pernah siap!


Cubalah semoga hubungan mulia ini kekal sehingga ke jannah 
❤ Sarang kecantikan dan kesihatan

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

BTemplates.com

Blogroll

About

Copyright © SARANG KECANTIKAN & KESIHATAN | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com